Ketika filem The Avengers ditayangkan di Malaysia, Abang Nara begitu sibuk dengan kehidupan seorang ayah baru. Kelahiran anak sulung Abang Nara menyebabkan diri ini tiada masa untuk ke wayang kerana sibuk membantu isteri tercinta menjaga anak. Sedar-sedar filem The Avengers dah tak ditayangkan lagi di pawagam.
Suatu hari sedang Abang Nara leka bermain dengan anak Abang Nara sambil menonton Astro, diri ini terperasan iklan filem “The Avengersâ€. Menurut iklan tersebut, The Avengers boleh ditonton menerusi saluran terbaru Astro (481) yang dikenali sebagai Astro Best . Inilah kata orang tua-tua, pucuk dicita ulam mendatang.
Selepas selesai menonton The Avengers dengan harga hanya RM10 sahaja, Abang Nara pun Google lah sikit mengenai Astro Best ini. Rupa-rupanya konsep saluran terbaru Astro ini sama dengan Astro First. Kalau Astro First untuk filem tempatan, Astro Best pula adalah untuk filem-filem antarabangsa. Sayangnya terpaksa tunggu 3 bulan lepas habis tayangan di pawagam barulah filem-filem awesome seperti The Avengers ini akan keluar di Astro Best.
Selain daripada Astro Best, Abang Nara teruja dengan servis Astro B.yond Video On Demand atau singkatannya Astro B.yond VOD. Apa yang membuatkan Abang Nara teruja ialah Abang Nara boleh tengok mana-mana drama, movie, konsert dan apa sahajalah yang Abang Nara tak sempat tengok. Antara movie yang ada untuk Astro B.yond VOD ini ialah 50/50, Man On A Ledge, Ashoka, Chalte Chalte dan banyak lagi lah. Menarik kan?
Yang paling Abang Nara teruja ialah kewujudan applikasi Astro First di Facebook. Ini memang paling super duper awesome. Kesemua rakyat Malaysia walaupun bukan pelanggan Astro boleh tengok movie-movie menerusi Facebook Astro World of Movies. Abang Nara semalam cuba try test applikasi ini dengan menonton filem Seram Sejuk.
Memang senang sangatlah apps nie. Tekan dua tiga kali dah boleh tengok dah. Yang penting kena ada akaun Paypal untuk membayar. Selepas dibeli, filem itu boleh ditonton sampai lebam selama 48 jam. Abang Nara kagum dengan kualiti video dan audio yang ada. Yang lagi best, leh chatting ngan orang lain yang turut sama menonton movie tersebut.
Tak sabar rasanya nak tunggu filem-filem lain keluar menerusi apps Facebook Astro First ini. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Astro World of Movies.
kak za dah kurus
September 21, 2012 at 11:14 am
ahh.. astro ni ade je idea dia nak amik duik org… suh langgan sane la suh langgan sini la.. citer ulang2…
cik ta,janda meletopsssss....
September 21, 2012 at 11:23 am
KAK ZA DAH KURUS >pssssttttt!!betOl sesangat
kata kak za,cik ta sOkOng..ade je idea dia nk kaut
duit Org..tgk la mcm drama adam&hawa kata nk dulu
yg tayang kat astrO BELLA,last2 minit kat mustika HD je
sbb nk suwO Org amek pakej 2 semata2 aarOn aziz la
kOnOn..xkan cik ta amek dehhhh…biO la gamaknye situ..
lepas 2 dia perkenal kan mcm2 pakej serta idea2
chanel baru dia..bazir je,cite nye nnti dOk ulang2 gak ada
main kat channel lain..tau nk untOng saja,
ati pelanggan x mau jaga…
cite dOk ulang smpai la cik ta nikah nnti,dOk tayang
cita sama saja…
joe
September 21, 2012 at 11:10 am
kene tunggu 3 bulan? baik download je. dah kluar dvdrip punye. ntah2 blue ray pon dah keluar.
beck
September 21, 2012 at 5:44 pm
donwload ni memang cara terakhir
mikan
September 21, 2012 at 11:07 am
astro, bila nk update program lam tb plak.asyik ulang2 dr zmn tok janggut dh aku nonton cite yg samaaaa tiap thun.siap leh ckap ‘istimewa syawal ini’ pdahal filem yg dh juta kali main..kamon la astro kami byar kot..ni dh bis syawal pun masih lg main progrm smpena sywal ari tu. pakcik nara, tolong ye gtau astro.bye
Teri Meri
September 21, 2012 at 11:01 am
U pun dh tgk?? I dh try hari tu, best jugak kan :D Tp nak ajak lagi ramai ah sbb nak penuhkan chatroom tuu. Abang Nara jom ah buat groupwatch, ajak fans sekali. Tak yah bayar minyak pergi cinema hehehe
Anonymous
September 21, 2012 at 11:07 am
dah tgk..best, selesa tgk kat umah..nak baring2 smbl mkn jajan pun blh..;)
Aznil Nawawi Mahu Jadi Pengacara Program Agama
September 21, 2012 at 7:11 pm
best. dengan awek. bayar sepuloh je. takyah keluar duit minyak.
nurish
September 21, 2012 at 10:56 am
1st..
Anonymous
September 21, 2012 at 11:53 am
sape yg disliked tu dengki..mencik!!
Ko Kesah
September 21, 2012 at 2:15 pm
astro nih tiap2 tahun kuar pakej baru dah la kena tambah rega, bil pun makin naik, pakai hypptv lagi bagus..
Ainul Aishah masih lagi pelakon berbisa
September 21, 2012 at 2:58 pm
aku nak tengok Seram Sejuk. filem bermutu.
ali
September 24, 2012 at 1:02 am
jgn marelah