September 21st, 2012

Ketika filem The Avengers ditayangkan di Malaysia, Abang Nara begitu sibuk dengan kehidupan seorang ayah baru. Kelahiran anak sulung Abang Nara menyebabkan diri ini tiada masa untuk ke wayang kerana sibuk membantu isteri tercinta menjaga anak. Sedar-sedar filem The Avengers dah tak ditayangkan lagi di pawagam.

astro best

Suatu hari sedang Abang Nara leka bermain dengan anak Abang Nara sambil menonton Astro, diri ini terperasan iklan filem “The Avengers”. Menurut iklan tersebut, The Avengers boleh ditonton menerusi saluran terbaru Astro (481) yang dikenali sebagai Astro Best . Inilah kata orang tua-tua, pucuk dicita ulam mendatang.

astro best

Selepas selesai menonton The Avengers dengan harga hanya RM10 sahaja, Abang Nara pun Google lah sikit mengenai Astro Best ini. Rupa-rupanya konsep saluran terbaru Astro ini sama dengan Astro First. Kalau Astro First untuk filem tempatan, Astro Best pula adalah untuk filem-filem antarabangsa. Sayangnya terpaksa tunggu 3 bulan lepas habis tayangan di pawagam barulah filem-filem awesome seperti The Avengers ini akan keluar di Astro Best.

astro best

Selain daripada Astro Best, Abang Nara teruja dengan servis Astro B.yond Video On Demand atau singkatannya Astro B.yond VOD. Apa yang membuatkan Abang Nara teruja ialah Abang Nara boleh tengok mana-mana drama, movie, konsert dan apa sahajalah yang Abang Nara tak sempat tengok. Antara movie yang ada untuk Astro B.yond VOD ini ialah 50/50, Man On A Ledge, Ashoka, Chalte Chalte dan banyak lagi lah. Menarik kan?

best

Yang paling Abang Nara teruja ialah kewujudan applikasi Astro First di Facebook. Ini memang paling super duper awesome. Kesemua rakyat Malaysia walaupun bukan pelanggan Astro boleh tengok movie-movie menerusi Facebook Astro World of Movies. Abang Nara semalam cuba try test applikasi ini dengan menonton filem Seram Sejuk.

astro

Memang senang sangatlah apps nie. Tekan dua tiga kali dah boleh tengok dah. Yang penting kena ada akaun Paypal untuk membayar. Selepas dibeli, filem itu boleh ditonton sampai lebam selama 48 jam. Abang Nara kagum dengan kualiti video dan audio yang ada. Yang lagi best, leh chatting ngan orang lain yang turut sama menonton movie tersebut.

astro

Tak sabar rasanya nak tunggu filem-filem lain keluar menerusi apps Facebook Astro First ini. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Astro World of Movies.


26 responses to “Tonton Filem Kegemaran Anda Menerusi Facebook Astro World Of Movies”

  1. filem metrowealth macam tahik wawa zainal says:

    astro tak best

  2. encik copy paste says:

    bila aji noh motor nak masuk youtube :(

Loading...