Tonton Drama Secara Percuma Sampai Lebam Dengan ‘Semuanya Rancak’ Di Viu. Wow!

Branded

Tonton Drama Secara Percuma Sampai Lebam Dengan ‘Semuanya Rancak’ Di Viu. Wow!

Hujung tahun ni anda ada perancangan menarik tak nak buat? Tak ada? Kalau tak ada tak perlu risau, sebab Viu nak menemani anda dengan ‘Semuanya Rancak’. Haa.. Apa tu? 

Istimewa hujung tahun ini, Viu nak merancakkan hari-hari anda dengan memberikan peluang untuk menonton drama, filem, anime dan macam-macam lagi rancangan kegemaran anda secara PERCUMA tau! Wow, bestnya!

Lagi rancak, anda boleh binge watch drama Korea dan lokal yang baru atau throwback drama-drama yang evergreen serta rancangan kegeraman anda sepanjang kempen Semuanya Rancak. Serius lah?

Ya, kami tak main-main, anda boleh tengok macam-macam drama dan banyak lagi secara PERCUMA. Tapi, anda tau tak nak tengok drama apa? Haa, ini kami nak share 5 drama yang menarik yang anda wajib tonton.

1. Ganjil

Drama ini mengisahkan tentang pertemuan antara dua insan dengan cara yang sangat pelik iaitu melalui mimpi. Amry, seorang jurutera IT introspektif berkawan dengan Nabila, artis sosial media dalam mimpi mereka. 

Bila mimpi berhubung, mereka sangkakan ianya hanyalah imaginasi sehinggalah mereka menemui petunjuk yang membuatkan diorang sedar mengenai dunia realiti masing-masing. 

Agak-agak apa petunjuk yang Amry dengan Nabila ni dapat sampai mereka boleh kenal lebih mendalam? Kalau nak tau, jom lah tengok drama penuh dekat Viu.

2. Chimera

Sebuah ledakan ditemukan berlaku lebih kurang sama dengan peristiwa Chimera, peristiwa ledakan dan serangkaian pembunuh yang terjadi pada tahun 1984.

Menerusi drama ini, Chae Jae Hyun(Park Hae Soo) yang merupakan seorang detektif dari Bahagian Siasatan Jenayah Besar bekerjasama dengan Doktor Lee Joong Yeob(Lee Hee Joon) dan profiler penjenayah Eugene Hathaway(Claudia Kim) untuk menyelesaikan misteri ini dan menghubungkan kedua kes yang berlaku pada 1984 dan sekarang. 

Adakah kes ledakan yang terjadi tu sama dengan kes sebelum ni? Haa, kalau nak tau apa yang terjadi semasa siasatan mereka, anda wajib tengok sampai habis di Viu.

3. Lover Of The Red Sky

Dalam percintaan ini, kita kenalah saling melengkapi antara satu sama lain. Macam tu juga dengan kisah Hong Chun Gi(Kim Yoo Jung) dan Ha Ram(Ahn Hyo Seop) yang mana kedua-dua ini dilahirkan dalam nasib yang berbeza tapi mereka saling melengkapi. 

Hong Chun Gi adalah seorang pelukis berbakat luar biasa, dilahirkan buta disebabkan sumpahan tapi akhirnya mendapat penglihatan semula. Dia kemudiannya diterima masuk ke sekolah seni yang berprestij. 

Berbeza dengan Ha Ram, dia adalah seorang ahli nujum yang pada awalnya dilahirkan sempurna tapi akhirnya penglihatan Ha Ram hilang akibat kemalangan semasa zaman kanak-kanak. 

Kalau nak tau pengakhiran kisah cinta diorang ni, kenalah tonton dari awal sampai habis di Viu.

4. Doom At Your Service

Setiap orang mesti ada fasa naik dan turun dalam kehidupan, begitu juga Tak Dong Kyung(Park Bo Young) seorang editor webcomic yang didiagnos menghidap tumor otak terminal. 

Lebih malang, boyfriend dia pula buat hal. Tak Dong Kyung yang merasakan hidup dia tak adil menjerit pada langit supaya dunia ni hancur.

Myul Mang (Seo in Guk) entiti perantara tuhan dan manusia, terdengar jeritan tu dan datang kepadanya untuk menunaikan permintaan Dong Kyung.

Apakah dunia akan benar-benar berakhir seperti hajat Dong Kyung dan kenapa Myul Mang ni berminta sangat dengan Dong Kyung?

5. Black Season 2

Drama lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha ini berkisarkan tentang seorang bunian yang sedang mencari pasangannya di dunia realiti. 

Disebabkan benda ni telah melanggar hukum alam, Black terpaksa merasuk ke dalam badan Malik(Kamal Adli) dan menggunakan identitinya untuk mencari pasangan yang telah lama terpisah. 

Dalam pencariannya, Black ditemukan pula dengan Sofia(Siti Saleha) yang berkemampuan untuk melihat kematian seseorang. Bermula pada saat itulah, Black merasakan dia telah mula jatuh cinta dengan Sofia. 

Tapi, sedang elok mereka bercinta ni kan, anda rasa Black dapat cari tak pasangan dia yang dah lama terpisah tu? Haa, kalau nak tahu, jom lah tengok sampai habis di Viu. 

Kalau anda dah tengok semua drama di atas ni sampai habis, ni kami senaraikan lagi 10 drama yang wajib anda tonton yang guarantee menghiburkan hujung tahun anda!

– Flower Of Evil

– The Devil Judge

– True Beauty

– The House Detox

– The Goodness or Revenge

– Sell Your Haunted House

– Sweet Sin

– Penthouse 3

– Irresistible

– Mr Queen

Jom Layan Drama Tanpa Had Secara Percuma Selama Seminggu Bersama Viu

Haa, anda okay tak tu? Mesti tak sabar nak tengok semua drama ini dan banyak lagi secara percuma kan? Tunggu apa lagi, cepat-cepatlah download Viu sekarang di Google Play dan App Store.

Klik link https://semuanyarancak.onelink.me/a80s/1a082134 untuk Semuanya Rancak dan PERCUMA! Tertakluk pada terma dan syarat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...