Tonton Babak ‘Mamak Maju’ Yang Menjadi Kegilaan Ramai Dalam Ejen Ali The Movie

Trending

Tonton Babak ‘Mamak Maju’ Yang Menjadi Kegilaan Ramai Dalam Ejen Ali The Movie

Filem animasi Ejen Ali The Movie yang masih ditayangkan kini mendapat sambutan yang cukup hangat dari penonton. Dalam masa satu hari sahaja ditayangkan, mereka berjaya mendapatkan kutipan RM1.8 juta. Kini selepas seminggu ditayangkan, kutipan sebanyak RM13 juta berjaya diperoleh.

Baca: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie

Advertisement

Untuk mereka yang sudah menonton, pastinya salah satu babak yang tak dapat dilupakan ialah adegan di restoran mamak ini atau lebih senang dipanggil ‘Mamak Maju’. Sedutan babak ini sudah dimuatnaik di YouTube dan kini sedang ‘trending’ nombor satu!

Memang ramai yang cukup terhibur dengan adegan nyanyian ‘Mamak Maju’ ini sehinggakan mereka yang belum menonton, turut terpengaruh untuk menonton filem ini. Ramai yang bersetuju adegan ini antara yang paling ‘win’ di dalam Ejen Ali The Movie.




Untuk yang masih belum menonton adegan #MamakMaju ini, boleh tonton video di bawah ini.

Jangan lupa tonton Ejen Ali The Movie di pawagam berhampiran anda!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...