Tommy Thomas Sah Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara Hari Ini

Trending

Tommy Thomas Sah Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara Hari Ini

Berdasarkan satu laporan berita Tommy Thomas, Peguam Negara (AG) telah menyampaikan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tommy Thomas

Advertisement

Ketika MalaysiaKini menghubungi untuk membuat pengesahan, beliau hanya menjawab ‘ya’. 

Memetik sumber lain, The Edge melaporkan Thomas mahu meletak jawatan ketika Tun Mahathir masih memimpin negara.

Pada 4 jun 2018 Tun mahathir telah melantik Thomas untuk dua penggal dan dijangka berakhir pada bulan Jun ini.

Isnin lalu, seramai hampir 40,000 orang telah menyertai petisyen secara dalam talian untuk mendesak Tommy Thomas meletakkan jawatan.

Petisyen yang dilancarkan semula oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya telah berjaya mengumpulkan 39,905 tandatangan. Tujuan utama petisyen tersebut dijalankan adalah berdasarkan palbagai kekecohan yang telah mencabul sistem perundangan negara melalui pelbagai kes.

Antara kes yang hangat diperkatakan ialah gesaan Tommy terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri dalam negeri untuk mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas. 

Sumber  

sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...