Tomato Dan Epal Dapat Membantu Mengekalkan Kesihatan Paru-Paru ;- Meskipun Anda Merupakan Perokok

Trending

Tomato Dan Epal Dapat Membantu Mengekalkan Kesihatan Paru-Paru ;- Meskipun Anda Merupakan Perokok

Menurut sebuah kajian baru-baru ini, terdapat sesetengah makanan yang sebenarnya dapat melambatkan tahap penurunan fungsi paru-paru meskipun anda bukan perokok mahupun bukan.

Advertisement

Penyelidilk-penyelidik dari Universiti John Hopkins mendapati tomato dan buah-buahan, terutamanya epal, dapat melambatkan tahap penurunan fungsi paru-paru dalam jangka masa 10 tahun, dimana ianya juga menunjukkan makanan ini mungkin dapat berkongsi nutrisi tertentu bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Bagi tujuan penyelidikan ini, seramai 650 orang dewasa telah menjalani ujian analisi fungsi paru-paru. Ujian yang sama juga telah dijalankan selepas 10 tahun bagi melihat akan kesannya kepada paru-paru. Subjek diberikan ujian spirometry, dimana ianya digunakan untuk mengukur berapa banyak oksigen yang dapat di serap oleh paru-paru mereka.

Fungsi paru-paru akan mula menurun apabila menjelang umur 30 tahun, bergantung kepada tahap kesihatan individu tersebut. Paru-paru yang berfungsi dengan lemah dapat menyebabkan pelbagai kebimbangan, seperti semput dengan mudah ketika bersukan dan risiko strok.

Pengambilan buah-buahan yang banyak di dalam rutin harian dapat membantu melambatkan penurunan fungsi paru-paru. Selain itu ianya juga dapat membantu membaiki kerosakan yang disebabkan oleh merokok

Selain daripada dapat mengekalkan paru-paru yang berfungsi dengan baik, tomato juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser prostat dan penyakit jantung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...