Penyanyi Tom mendedahkan bukan sahaja warganet tetapi ada juga rakan artis yang mengutuk rupa parasnya di media sosial.
Luah isteri kepada Fuad Rahman itu, dia tidak menyangka artis tersebut tergamak menghina wajahnya malah katanya dia mengenali selebriti itu secara peribadi.
Sedih memang sedih, bukan netizen je tetapi rakan artis yang saya sendiri kenal pun cakap begitu.
Difahamkan, penyanyi berusia 37 tahun itu sendiri telah menghubungi dan berjumpa dengan artis berkenaan untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit itu.
Saya dan rakan artis tersebut sudah berkawan lama, tidak perlu saya dedahkan namanya. Dia tidak mengaku tapi dia dah minta maaf.
Tambah Tom, dia akui tidak cantik namun cukuplah dirinya sempurna di mata suami dan anak-anak namun berkata rupa paras ini adalah perkara yang sensitif.
Masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana. Walaupun saya sedih, tapi tak mengapalah. Kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan.