Penampilan Tya Adnan, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, yang tampil berniqab ketika menghadiri malam gala filem Balas Balik menarik perhatian ramai.
Tya hadir sebagai tanda sokongan buat suaminya yang memegang watak utama dalam filem tersebut.
Beberapa foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya menunjukkan Tya mengenakan abaya sambil berjalan di sisi Shukri, dengan bahunya dipeluk mesra oleh suaminya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Tya terus istiqamah dengan penampilan berniqab.
Selain itu, mereka turut menitipkan pesanan buat Shukri agar sentiasa menjaga isterinya dengan penuh kasih dan hormat.
“Tya kekal istiqamah dengan penampilan berniqab”, tulis seorang pengguna.
Untuk rekod, Tya mula mencuri perhatian dengan imej berniqab selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada Februari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.