“Tolonglah, Saya Merayu, Saya Ada Anak” – Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup

Trending

“Tolonglah, Saya Merayu, Saya Ada Anak” – Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup

Pelakon dan pelawak, Along Cham dilaporkan berdepan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sebatan tidan kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Dia yang sebelum ini ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja dengan anggara 58.23 gram pada Sabtu minggu lalu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Advertisement

Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad,41, membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen Sepang pada pagi ini dan tidak dibenarkan diikat jamin oleh hakim, Amir Affendy Hamzah.

Ketika prosiding, Along Cham juga didapati membuat rayuan dengan alasan mempunyai anak yang masih bersekolah.

Tolonglah, saya merayu dilepaskan dengan jaminan, saya ada anak nak sekolah.

Along Cham juga dikhabarkan berasa terkejut dengan keputusan mahkamah berkenaan tidak boleh diikat jamin memandangkan keluarganya telah melantik peguam bagi mewakilinya.

Hakim memberi kenyataan bahawa jaminan tidak dapat dilaksanakan memandangkan kes tersebut diklasifikasikan dalam peruntukan undang-undang.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri selebriti lelaki ditahan miliki ganja
3 hours ago

"Saya Diminta Ubah Kenyataan Diberikan Kepada Polis, Seperti Dianiaya" - Isteri Selebriti Lelaki Miliki 'Barang Terlarang'

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...