Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas pelakon, Puteri Sarah didakwa membeli sejambak bunga dan sebiji kek untuk bekas suami, Syamsul Yusof sebagai tanda minta maaf.
Sedar dakwaan tersebut telah menular di media sosial, pelakon tersebut tampil menafikan tuduhan terbabit.
Menurut Sarah, hadiah tersebut adalah untuk bapa mertua, Datuk Yusof Haslam serta ibu mertuanya, Datin Patimah.
Eh hello, lambat lagi. Flowers and cakes tu untuk @patimah8057 dan @dyhaslam.
Dalam pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meminta agar netizen tidak menyebarkan gosip murahan tanpa selidik dahulu.
Sekadar info, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bercerai talak satu pada 14 Jun lalu atas sebab sudah tidak sehaluan lagi.