“Tolonglah Jauhi Dia, Menunggang Je Kerja…” – Balu Amirul Hafiz Bersama Rafidah Ibrahim Jadi Tumpuan Netizen

Kehidupan

“Tolonglah Jauhi Dia, Menunggang Je Kerja…” – Balu Amirul Hafiz Bersama Rafidah Ibrahim Jadi Tumpuan Netizen

Suasana sayu di luar mahkamah bertukar sedikit tegang di media sosial apabila satu video memaparkan balu Allahyarham Amirul Hafiz Omar berjalan keluar sambil dipimpin oleh selebriti dan aktivis, Rafidah Ibrahim mula tular.

Dalam rakaman tersebut, Nor Nadia Abdul Majid, 32, dilihat tenang namun jelas masih dalam keadaan berduka selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Amirul Hafiz, 33, yang maut dalam kemalangan tragis Ahad lalu.

Advertisement

Namun di sebalik momen pilu itu, timbul pula reaksi kurang senang dalam kalangan netizen terhadap kehadiran Rafidah di sisi balu berkenaan.

“Saya harap sangat balu Almarhum Amirul Hafiz tu jauhkan diri dari Rafidah Ibrahim sebab dia hadir untuk menunggang isu bagi kepentingan sendiri. Kita tak nak simpati kepada keluarga akan jadi menyampah sebab wujudnya makhluk tak tahu malu seperti Rafidah,” tulis seorang pengguna Threads, mencetuskan perdebatan hangat.

Untuk rekod, dalam kejadian sekitar jam 11.40 pagi Ahad lalu, arwah Amirul Hafiz maut di lokasi selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu tertuduh, R Saktygaanapathy. Difahamkan, kenderaan tersebut dipandu laju dari arah bertentangan di Jalan Raya Barat menuju ke bandar Klang.

Rafidah Ibrahim

Isu ini terus mendapat perhatian ramai memandangkan kes melibatkan pemandu mabuk sering mengundang kemarahan rakyat Malaysia. Dalam masa sama, kehadiran figura awam seperti Rafidah turut mengundang pelbagai persepsi  ada yang melihatnya sebagai tanda sokongan, namun tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar ‘menumpang perhatian’.

Terdahulu, Rafidah memang dikenali aktif dalam pelbagai isu masyarakat termasuk mempertahankan Kampung Sungai Baru, menjadikan kehadirannya dalam kes ini tidak terlalu mengejutkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mara
2026-04-01 16:08:57

MARA Ambil Dua Anak Mangsa Nahas Pemandu Mabuk Sebagai Anak Angkat, Jamin Pendidikan Hingga Tamat Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...