Pelakon, Mona Allen tampil memberikan nasihat kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk tidak terlalu terbuka dalam berkongsi cerita mengenai hal rumah tangga di media sosial.
Menurut Kosmo! Online, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkata, perkara sebegitu tidak harus dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat terutama untuk dijadikan konten di media sosial.
Sudah jumpa bakal madu, izinkan suami kahwin dua, nak tolong pinangkan. Ya ampun, tolonglah jangan normalisasikan benda ini boleh?
Urusan rumah tangga tolong simpan dalam rumah tangga sahaja.
Kata Mona, hal rumah tangga adalah perkara yang sepatutnya menjadi urusan suami dan isteri sahaja.
Dia turut berkata, golongan selebriti juga perlu belajar untuk tidak memberi komen kepada pihak media sekiranya diasak dengan soalan mengenai hal rumah tangga.
Tak kisahlah nak pinang madu kedua, ketiga atau keempat sekali pun, simpan rahsia-rahsia rumah tangga boleh tak?
Tolong belajar jangan cakap hal rumah tangga kepada umum dan jawab ‘no comment’ bila wartawan tanya.
Bila buka Instagram, berita (berkaitan hal rumah tangga) ini ada di mana-mana.
Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak menyatakan secara terperinci luahan tersebut berkaitan dengan isu rumah tangga mana-mana pihak.
Sebelum ini, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz telah memberi ‘hint’ bahawa suaminya bakal berkahwin lagi.
Susulan itu, dia memaklumkan dia sudah berjumpa bakal madunya dan memberi keizinan sekiranya suami dia berkahwin dua.