“Tolonglah, Jangan Keruhkan Lagi Keadaan Ini” – Abang Kepada Isteri Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Dakwa Emosi Adik Sangat Terganggu

Kehidupan

“Tolonglah, Jangan Keruhkan Lagi Keadaan Ini” – Abang Kepada Isteri Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Dakwa Emosi Adik Sangat Terganggu

Abang kandung kepada isteri suspek yang didakwa membunuh Allahyarhamah Nur Farah Kartini memaklumkan adiknya mengalami gangguan emosi gara-gara tragedi yang melanda keluarga mereka itu.

Maklum si abang yang enggan namanya dikenali, adiknya itu menangis setiap hari dan terganggu jiwa dan emosi.

Advertisement

Isteri suspek juga difahamkan perlu bekerja dan menjaga anaknya yang masih bayi berusia 8 bulan sambil ditemani air mata.

Berikutan, si abang memberitahu mereka perlu menemani si adik yang baru berusia 25 tahun itu agar sentiasa sabar dan tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Setiap hari adik saya menangis, emosinya terganggu sejak mengetahui insiden itu. Sekarang ini adik dah tak boleh lagi bekerja dan perlu menjaga anak perempuan yang masih bayi.

Jadi tolonglah dia untuk melalui waktu yang sangat sukar ini. Tolonglah bantu adik saya dengan tidak mengeruhkan lagi keadaan ini.

Rayunya lagi, mereka sekeluarga meminta agar siasatan kes diserahkan kepada pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sahih terhadap keluarga mereka.

Adik juga terpaksa menjauhi media sosial kerana takut membaca pelbagai andaian dalam kes ini yang hanya akan memburukkan lagi emosinya.

Orang tak berada di tempat kami, jadi mereka tak tahu bagaimana sakitnya perasaan ini apatah lagi adik saya mangsa keadaan yang langsung tidak bersalah dan tahu apa-apa.

Terdahulu, seorang lelaki yang menjawat jawatan polis telah ditahan kerana menjadi suspek utama kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui mati di Ladang Kelapa Sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang lalu.

Suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siastan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wajah suspek bunuh nur farah kartini
5 months ago

“Inilah Farah Yang Saya C*kik Sampai Lemas” - Tular Laporan Kes Nur Farah Kartini, Gambar Suspek Kini Tersebar Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...