“Tolonglah Jangan Kata Saya Patut Mati” – Bekas Banduan Kes Bunuh Kerat Lapan Merayu Masyarakat Tidak Mengherdiknya

Kehidupan

“Tolonglah Jangan Kata Saya Patut Mati” – Bekas Banduan Kes Bunuh Kerat Lapan Merayu Masyarakat Tidak Mengherdiknya

Seorang bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan, Khairul Anuar Zakaria, 64, yang telah dibebaskan dari Penjara Pokok Sena selepas 23 tahun empat bulan di sebalik tirai besi, merayu agar orang ramai tidak memandang hina dan tidak mengherdiknya.

Ujarnya yang lebih dikenali sebagai Abah Hayat, dia sudah pun menjalani hukuman dan tidak melarikan diri dari penjara sebaliknya dibebaskan.

Advertisement

Tolonglah jangan herdik. Bantulah saya teruskan sisa hidup ini dengan menjadi manusia berguna.

 

Perkara itu (pembunuhan) memang berlaku dan pelaku itu adalah saya. Saya sudah dihukum, dibebaskan dan turut diberi keampunan oleh Sultan Kedah. Saya seterusnya dihukum penjara 35 tahun setelah kerajaan mansuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Tolonglah jangan kata saya patut mati. 

bekas banduan kes bunuh kerat lapan

 

Hanya mahu meneruskan sisa hidup dan berbakti

Tambahnya, tempoh di penjara itu sangat berharga buatnya dan turut bersyukur kerana mendapat sokongan isteri, anak-anak serta ahli keluarga dan masyarakat.

Ujarnya lagi, dia kini hanya mahu meneruskan sisa hidup dan berbakti kepada orang ramai terutamanya memberi motivasi kepada bekas banduan lain.

Berilah ruang kepada saya untuk bimbing anak bangsa dalam saya meniti usia senja ini. Alhamdulillah, masa di penjara ramai banduan yang ucap terima kasih kerana ajar mereka solat, malah mereka peluk saya ketika nak bebas.

penjara pokok sena

Abah Hayat juga bersyukur kerana dia diberikan peluang oleh Allah untuk berada di samping dan menjaga ibunya yang kini berusia 84 tahun.

Dulu saya tidak kenal Allah, saya jauh dari-Nya, apabila di dalam penjara saya mendalami agama dan diberi peluang menjadi pembantu kepada guru agama mengajar banduan bersama-sama. Perbuatan saya mengakhiri nyawa orang mengubah hidup saya, namun kerana perbuatan itu, saya mahu orang lain mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Abah Hayat

Pada 22 September 2008, media melaporkan Khairul Anuar dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.

Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.

Kemudian pada Februari 2024, kes itu dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 months ago

"Saya Tiada Telefon Tiada Rujukan.." - Berada Di Sebalik Tirai Besi Bukan Penghalang, Banduan Berjaya Peroleh 8A Dalam SPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...