Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah orang yang mengatakan dirinya ada menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain setelah dilihat keluar berjalan bersama-sama tempoh hari.
Meskipun penafian telah dibuat, namun gosip tersebut masih diperkatakan dan Aliff dilihat tampil memberikan pesanan khas buat netizen di luar sana berkenaan isu tersebut.
Menerusi satu video Instagram yang dimuat naik penyanyi itu, dia berkata hubungannya bersama isteri dan keluarga masih berada dalam keadaan baik namun tidak dapat mengubah persepsi dan anggapan ‘playboy’ yang masih melekat pada dirinya.
Tak ada gambar atau video yang menunjukkan saya bersama perempuan. Jadi saya buat kesimpulan sendiri, mungkin itu adalah sepupu saya dari sebelah ibu di Singapura atau mungkin individu tersebut adalah adik beradik perempuannya.
Dia dalam pada itu meminta portal & blog hiburan di luar sana untuk tidak menulis artikel dengan tajuk serta ‘headline’ berbaur fitnah.
View this post on Instagram
Tolonglah kepada bloggers atau individu yang menulis artikel jangan guna headline misleading yang berbaur fitnah.
Aliff juga memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.