Seperti yang kita tahu, filem Mat Kilau kini menjadi fenomena dan mendapat sambutan hangat di pawagam daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Namun, baru-baru ini tular di laman Facebook satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Syukrie Sufian yang meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir penonton di pawagam.
Menerusi hantaran tersebut, Syukrie telah menceritakan bahawa dia telah membeli tiket Mat Kilau yang waktu tayagannya pada pukul 7.40 malam.
Jadi, dia dan pasangan telah menunaikan kewajipan untuk solat Maghrib terlebih dahulu dan mereka masuk ke dalam hall pawagam agak lewat sedikit.
Apabila sampai di dalam pawagam, mereka berdua terkejut apabila tempat duduk yang ditempah telah diambil oleh sebuah keluarga malah dihalau gara-gara masuk lewat.
Dah penuh la, pergi duduk kat atas.
Nak buat kecoh dalam wayang pun tak best juga, sebab benda dah start nanti kacau penonton lain pulak.
Enggan menimbulkan kekecohan, pasangan itu terpaksa mengalah dan duduk di tempat duduk yang bukan milik mereka.
Dalam pada itu, lelaki itu turut berpesan kepada orang ramai agar yang membeli tiket wayang untuk duduk di tempat yang dipilih.
Jangan ambil hak orang lain, seperti mana British mengambil hak orang Melayu dalam Mat Kilau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.