Ketika ini kecoh dengan isu kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor.
Sharnaaz enggan menceraikan isterinya meskipun Nabila telah mengemukakan beberapa alasan dia ingin berpisah. Antaranya, nafkah RM500 sebulan yang diberikan oleh aktor itu tidak cukup, tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun dan mereka juga sudah tidak ada persefahaman lagi. Segala usaha untuk berdamai tidak berjaya.
Neelofa bagaimanapun ada memuat naik beberapa status berbaur sindiran yang menimbulkan persoalan kepada siapa agaknya kata-kata itu ditujukan? Agak pedas juga kata-kata Neelofa, menyifatkan seseorang kuat berdrama.
Menurutnya dia jarang meluahkan apa yang terpendam di dalam hati namun kali ini isu yang berlaku sudah agak keterlaluan.
Neelofa perli siapa agaknya? Adakah berkaitan dengan isu panas melibatkan kakaknya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini?
Minah membawang
September 12, 2019 at 8:13 pm
Ape yg aku tau utk thn ni,sesapa ade ank atau sedara yg nk kwin kelantan-penang,mule rse tgugat dgn isu sharnaz-nabila n fizo-mawar..kahkahkah
Anonymous
September 12, 2019 at 3:54 pm
DAH TU REZEKI YG ADA…BERSYUKUR LA…MANA TAU ESOK2 MELIMPAH RUAH REZEKI ALLAH BG…BENDA BOLEH BAWA BINCANG KOT…XYAH NAK CITER DKT ORG LUAR WALAUPUN ADIK BERADIK…MUHASABAH DIRI….INSYAALLAH…SEMOGA DIPERMUDAHKAN….
Sophia
September 12, 2019 at 2:35 pm
Cerita aku, husband mampu bg rm50 sebulan sebab kami banyak komitmen. Aku IKHLAS. Semoga murah rezeki suami aku.
Kadang-kadang bukan wang ringgit yang jadi pengukur tp TANGGUNGJAWAB suami kepada isteri tu lebih “mahal” dari segala-galanya. Aku tak cakap aku bgus tp apa aku nak sampaikan, tak payah nak jadi artis baru kita bangga dengan apa yang kita ada.
Mmg duit penting tp ada benda lain juga yang boleh kita bersyukur. Bersyukur dapat anak, bersyukur sihat, bersyukur ada teman susah dan senang, bersyukur sebab disayanyi. Banyakkkk sgt..
Buat Nabila & Sharnaaz, be strong. semoga baik2 untuk kalian berdua.
p/s: doakan saya hamil ye. Amin :)