“Tolonglah Bersederhana Di Kala Kami Diuji” – Usahawan Ditegur Pakai Jaket ‘Winter’ & Beg Tangan Prada Melawat Mangsa Banjir

Kehidupan

“Tolonglah Bersederhana Di Kala Kami Diuji” – Usahawan Ditegur Pakai Jaket ‘Winter’ & Beg Tangan Prada Melawat Mangsa Banjir

Tatkala beberapa negeri kini sedang dilanda bencana banjir, ramai pihak yang turun padang untuk menyantuni mangsa-mangsa dan memberikan bantuan.

Banyak pihak persendirian yang mengambil inisiatif untuk membantu mangsa banjir termasuklah seorang usahawan bernama Juliana Mazlan yang tular baru-baru ini ketika dia melawat salah sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan.

Advertisement

Bagaimanapun, video yang dikongsinya di TikTok ketika melawat mangsa banjir itu mengundang pelbagai reaksi netizen dek kerana pemakaiannya.

Menerusi rakaman itu, Juliana dilihat memberikan sumbangan selain turut membantu menyediakan makanan untuk mangsa banjir di PPS tersebut.

Netizen bagaimanapun menegur Juliana yang memakai jaket musim sejuk selain membawa beg tangan mewah ke sana dan menurut mereka ia tidak sesuai digayakan ketika sedang melawat orang yang sedang dilanda ujian bencana.

Juliana dinasihati netizen untuk bersederhana sahaja dan lebih peka serta sensitif dengan situasi sekelilingnya. Bukan itu sahaja, ada yang turut mempertikai adakah dia mahu membantu atau mahu menayang kemewahan dimilikinya.

komen netizen di TikTok komen netizen di TikTok

Walau bagaimanapun, ramai netizen turut mengucapkan terima kasih kepada Juliana kerana sekurang-kurangnya dia mengambil inisiatif untuk turun padang melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

22 hours ago

"Sejak Paras Air Naik, Saya Pergi Sana Setiap Hari" - Individu Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Cukup Makan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...