Pelakon berpengalaman, Tony Eusoff, meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir netizen yang terus menghukum dirinya berhubung kes penyalahgunaan dadah yang berlaku satu dekad lalu.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, menegaskan bahawa beliau telah menerima dan menjalani hukuman yang dijatuhkan kepadanya serta menyesali kesilapan tersebut yang menjadi titik hitam dalam hidupnya.
Ya betul, saya kena ban (digam) sebab salah saya sendiri. Bukan salah orang lain. Malah, saya dah selesai menjalani hukuman dan telah dibebaskan selepas beberapa bulan meringkuk (dalam penjara).
“Tapi apa niat awak nak timbulkan isu ini? Saya cuma ingin tahu. Mohon pencerahan,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.
Tony, yang dikenali menerusi filem *Mencari Ramlee*, turut menyatakan bahawa dirinya sudah pun ‘move on’ daripada kisah lama itu. Namun, beliau sedar akan sentiasa ada pihak yang memilih untuk membenci walau apa pun yang dilakukan.
“Haih, kisah 10 tahun yang lalu ni. Tolonglah tolong saya move on. Saya pernah berhutang dengan awak ke? Benci sangat sebab apa ya? Saya rasa haters gonna gate lah kan (pembenci akan selamanya membenci),” coretnya lagi.
Sebagai rekod, pada 2015 Tony Eusoff dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Singapura selepas didapati memiliki dadah jenis ganja. Dia ditahan pada 12 Mac di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas pihak berkuasa menemui paket yang mengandungi kira-kira 4.56 gram bahan mengandungi campuran ganja.
Kini, selepas lebih sedekad, Tony berharap masyarakat dapat melihat ke hadapan dan memberi peluang kepada insan yang ingin memperbaiki diri, bukannya terus hidup dibayangi kesilapan masa lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.