“Tolong Terima Jodoh Awak Dah Berakhir, Berdamailah Dengan Takdir” – Dewi Kekasih Jofliam

Hiburan

“Tolong Terima Jodoh Awak Dah Berakhir, Berdamailah Dengan Takdir” – Dewi Kekasih Jofliam

Tidak asing lagi, teman wanita kepada usahawan Jofliam, Emira Delyati Dewi tampil memberi nasihat buat isteri kekasihnya iaitu Cik Epal agar menerima takdir bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.

Dalam beberapa hantaran di Instagram, Dewi berkata Cik Epal sepatutnya bersyukur kerana ada wanita yang sanggup mencurahkan kasih saya terhadap anak-anaknya, Han dan Yuki.

Advertisement

Jofliam dewi curang

Sebagai seorang ibu, tidakkah awak ingin mengutamakan kebahagiaan anak awak? Bukankah itu yang paling penting? Awak sepatutnya bersyukur kerana ada seseorang yang akan menjadi sebahagian daripada hidup mereka, sanggup mencintai dan menghargai mereka.

Tolong terima jodoh awak dengan Jo sehingga setakat ini sahaja dan berdamailah dengan takdir.

Dewi juga meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Cik Epal yang menggelarnya sebagai penyondol selain menyerang secara terbuka di media sosial.

Jofliam dewi curang

Jofliam dewi cik epal curang

Munirah macam ni la kalau betul betul saya penyondol, dengan cara awak sekarang nak serang orang. Kenapa tak serang saya dari dulu?

Awak langgar takliq 4 September, 18 September awak minta berjumpa dengan saya dan 20 September minta jumpa lagi. Kalau saya penyondol, kenapa tak serang awal-awal? Dengan perangai awak yang macam ni.

Dalam pada itu, Dewi menafikan dirinya bersekedudukan di rumah Jofliam kerana hanya datang ke rumah untuk bekerja dan balik apabila tamat waktu kerja.

Terdahulu, muncul ‘channel’ di aplikasi Telegram yang mendedahkan ‘kecurangan’ Jofliam bersama Dewi. Kisah rumah tangga kedua-dua pasangan ‘influencer’ ini mula menjadi sorotan setelah Jofliam didakwa curang dengan wanita bernama Dewi sebelum dia dan Cik Epal bercerai pada September tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 hours ago

“Saya Memang Sedang Bercinta Dan Bahagia, Akan Bernikah Dalam Masa Terdekat” - Jofliam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...