Ibu kandung kepada anak angkat penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina tampil membuat kenyataan berserta tiga tuntutan terhadap vokalis kumpulan Hujan itu baru-baru ini.
Menurut wanita yang ingin dikenali sebagai Athira itu, dia mendakwa dirinya telah dimanipulasi Noh berikutan kenyataan penyanyi itu sebelum ini di Melodi.
Ibu kandung Musa tuntut permohonan maaf
Athira juga menuntut permohonan maaf terbuka daripada Noh selain meminta penyanyi itu memadam gambar yang mendedahkan wajah anaknya itu dalam tempoh 24 jam.
Apa yang mahu saya dikongsikan di sini, sebagai ibu kandung kepada Musa, saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan atas kepentingan dia (Noh).
Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan bahawa Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati.
Noh langgar perjanjian
Tambah wanita itu lagi, Noh juga telah melanggar perjanjian yang dipateri sebelum ini berkaitan kehidupan dan penjagaan Musa.
Ingin dijelaskan, saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa dalam media sosial.Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa.
Saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya dalam masa 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil.
Sebelum ini, muncul spekulasi mendakwa Noh telah ‘menculik’ anak angkat yang diambil ketika masih bergelar suami kepada Mizz Nina dengan menggunakan bantuan pembantu rumah.
@melodiberapi Penyanyi Noh Salleh didakwa bersubahat dengan pembantu rumah warga asing melarikan anak selebriti wanita?? Sebelum itu, nah dengarkan penjelasan penuh penyanyi ini. #meloditv3 #fyp??viral #nohsalleh #meloditv3 #musa #mizznina #panas #ceritaartismalaysia
Noh kemudian tampil menafikan perkara itu dan mengeluarkan kenyataan bahawa ibu kandung Musa telah menyerahkan anak itu untuk dijaganya dengan rela hati dna mengikut undang-undang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.