“Tolong..Tak Boleh Bernafas” – Wanita Terperangkap Dalam Tempat Simpanan Beg Sebuah Bas Ketika Dalam Perjalanan Ke Johor

Kehidupan

“Tolong..Tak Boleh Bernafas” – Wanita Terperangkap Dalam Tempat Simpanan Beg Sebuah Bas Ketika Dalam Perjalanan Ke Johor

Seorang wanita berusia 20 tahun berkongsi pengalaman ngerinya ketika dia menaiki sebuah bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru baru-baru ini.

Wanita kongsi pengalaman ngeri terperangkap dalam tempat simpanan beg sebuah bas

Menurut seorang wanita yang memuat naik pengalamannya di aplikasi Xiaohongshu,  dia cuba untuk mengambil barangannya di tempat simpanan beg di bahagian bawah bas namun terperosok terlalu dalam.

Advertisement

Wanita terperangkap dalam compartment bas

Dalam keadaan hujan lebat, dia yang pada ketika itu berada dalam tempat simpanan beg mula berasa cemas apabila pintu itu tiba-tiba sahaja tertutup rapat tanpa amaran.

Mula berasa pening kerana tidak dapat bernafas

Dia pada mulanya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan teringat akan mesej yang dihantar operator bas di aplikasi WhatsApp sebelum itu.

Wanita terperangkap dalam compartment bas

Wanita itu kemudian mula berasa sedikit pening dan risau jika kekurangan oksigen di bahagian simpanan beg itu membuatkan dia pengsan dan keadaan bertambah sukar.

Setelah menghubungi operator bas itu untuk mendapatkan bantuan, dia akhirnya dapat keluar setelah 15 minit terperangkap.

Tambah wanita itu lagi,  pemandu bas berkenaan tidak memohon maaf sebaliknya hanya tersenyum dan memaklumkan dia menutup pintu ‘compartment’ itu kerana merasakan tiada sesiapa yang mengambil beg pada waktu kejadian.

Syarikat bas kemudian dilihat memohon maaf di atas kejadian dan memaklumkan sudah mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan arttikel trending yang lain pada pautan di bawah.

doktor pediatrik peroleh gaji RM70k sebulan
5 months ago

"Segalanya Bermula Dengan SPM Yang Cemerlang" - Doktor Wanita Ini Peroleh Gaji 70K Sebulan Setelah 15 Tahun Bekerja Di Sektor Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sumber

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...