Sejak terlibat dalam kontroversi kebelakangan ini, Ruhainies telah diboikot beramai-ramai oleh netizen. Mereka turut meminta agar jenama-jenama terkenal tidak menyokong dan mengambil pelakon ini sebagai duta mereka.
Netizen bengang
Baru-baru ini, aktres ini dikritik selepas memuat naik hantaran di Instagram story memaparkan dirinya sedang menikmati aiskrim daripada sebuah jenama coklat terkenal.
Selepas hantaran tersebut dikongsikan, ruangan komen di Instagram jenama terkenal itu dibanjiri dengan komen-komen warganet yang tidak berpuas hati dengan pemilihan duta mereka.
Tolong buat kaji selidik sebelum pilih seseorang tu jadi duta awak. Terima kasih.
Shame on you for making her your ambassador. Do better.
Tidak terlibat dengan duta tempatan
Susulan kecaman tersebut, jenama ini tampil dengan kenyataan menjelaskan hal sebenar pada orang ramai. Mereka menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan mana-mana duta tempatan.
View this post on Instagram
Terdahulu, selepas lama mendiamkan diri, Ruhainies akhirnya tampil membuat permohonaan maaf secara terbuka kepada Bella atas apa yang terjadi melibatkan dirinya dan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz.
Dia juga berkata sudah bersedia untuk bersemuka dengan Bella bagi menyelesaikan isu tersebut dan membuka lembar baru.