“Tolong Sedar! Dia Dah Banyak Bantu Palestin” – Netizen Sanggah Pihak Minta Siti Nurhaliza Batalkan Konsert

Hiburan

“Tolong Sedar! Dia Dah Banyak Bantu Palestin” – Netizen Sanggah Pihak Minta Siti Nurhaliza Batalkan Konsert

Seorag individu tampil meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang meminta Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, membatalkan konsertnya demi memberi laluan kepada isu Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut menganggap permintaan itu tidak wajar kerana Siti telah banyak menyalurkan bantuan kepada Palestin sejak sekian lama.

Advertisement

Ada yang minta cancel je konsert Siti sebab isu Sumud ni. Tolong sedar, dia dah banyak bantu Palestine dan sebenarnya setiap konsert dia ada bahagian yang akan diberikan pada negara itu dan dia menggunakan platformnya sebaik mungkin untuk membawa isu ini.

Luahan tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi netizen lain yang rata-rata mempertahankan penyanyi lagu Cindai itu, selain mengakui sumbangannya terhadap Palestin tidak pernah terhenti.

komen netizen

Terdahulu, Siti mengumumkan bakal mengadakan konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza sempena 30 tahun perjalanan seninya pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sekadar rekod, Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menubuhkan Yayasan Nurjiwa pada tahun 2006 bagi membantu insan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Antara sumbangan terbesar yayasan tersebut ialah pembinaan Sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza pada 2021. Namun, sekolah itu dilaporkan musnah dibedil rejim Israel baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Keanu azman berhenti jadi DJ
2025-10-03 10:20:05

Keanu Azman Dedah Berhenti Jadi DJ Radio Kerana Enggan Mainkan Lagu Penyokong Zi*nis - "Saya Tak Nak Jadi Hipokrit"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...