“Tolong Saya Kak, Saya Kantoi Mencuri, Perlu RM8,500” – Siapa Minta Duit Janna Nick?

Hiburan

“Tolong Saya Kak, Saya Kantoi Mencuri, Perlu RM8,500” – Siapa Minta Duit Janna Nick?

Pelakon Janna Nick menerima mesej daripada seorang individu menerusi DM di Instagram yang meminta pertolongan dalam bentuk wang ringgit.

Menerusi Instagram story, Janna memaparkan mesej diterimanya daripada individu itu yang merayu memintanya wang sebanyak RM8,500 kerana sudah kantoi mencuri dan memerlukannya untuk membayar semula.

Advertisement

Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit bayar balik tapi saya tiada duit. Saya harap sangat akak dapat bantu saya dalam RM8,500. Saya tiada sesiapa. Mereka nak hari ini juga.

janna nick

Aktres berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak bersimpati dengan rayuan individu terbabit sebaliknya meminta agar dia bertaubat dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Tambah Janna, tindakan jahat dibuat individu tersebut pasti akan mendapat balasan suatu hari nanti.

Orang penat kerja, menyimpan, dia senang je mencuri lepas itu kantoi. Minta orang lain bayar. Bertaubatlah dik. Hari ini kita curi, tipu orang, esok Allah balas berkali-kali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu, Maaf saya benci orang malas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Janna Nick
7 months ago

"Dia Macam Tak 'Makeup' Sangat Tapi Cantik" - Solekan 'Anniversary Day' Janna Nick Jadi Tumpuan, Peminat Teka Harga RM10K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...