“Tolong Rasional, Fikir Laaa, Jangan Sampai Kacau..” – Syada Amzah Bersuara Isu Kontroversi Cupcake Aisyah Dan Kasih Iris Leona

Hiburan

“Tolong Rasional, Fikir Laaa, Jangan Sampai Kacau..” – Syada Amzah Bersuara Isu Kontroversi Cupcake Aisyah Dan Kasih Iris Leona

Penyanyi Syada Amzah tampil memberi pendapat mengenai isu kontroversi yang berlaku di antara pensohor media sosial Cupcake Aisyah dengan Kasih Iris Leona baru-baru ini.

Tulis Syada di Instagram, dia sudah tidak dapat menahan diri daripada berdiam kerana berang dengan tindakan sesetengah netizen yang galak meninggalkan komen kecaman terhadap Cupcake Aisyah.

Advertisement

“Ia keterlaluan dan melampau”

Malah, menurut Syada, kritikan melampau sehingga menyentuh ahli keluarga pensohor media sosial itu diangaap keterlaluan dan tidak perlu.

Saya sudah cuba untuk berdiam diri, tapi saya tidak dapat menahan lagi. Saya geram. Sebab dalam kes ini, tak ada siapa yang 100% betul atau 100% salah. Dalam mana-mana jenis hubungan akan ada perbalahan, akan ada cerita kedua-dua belah pihak.

Tolong rasional. Kalau pasal A dengan B kenapa sampai ganggu parents diorang. Fikir laa, bagaimana perkara sama berlaku pada anda dan keluarga anda? Plain biadab, Jangan kacau sampai ke family, sepupu sepapat orang tu. Kesian sangat tahu tak.

Tak kisah digelar ‘kalis kecaman’

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini menyatakan bahawa dia tidak kisah jika netizen menggelarnya sebagai ‘kalis kecaman’ kerana tujuan hantara tersebut adalah untuk kesedaran mental.

@leonsmeonss

my 2023 trauma ????? i am over it tho so dont worry i can joke about it now ?

? Originalton – ?

Saya tak peduli apa orang cakap tentang saya, lagi-lagi apabila ia tidak benar. Gelarlah saya kalis kecaman atau apa apa.

Terdahulu, pelakon baru Cupcake Aisyah menjadi tumpuan netizen di media sosial setelah dia didakwa ‘tikam belakang’ dan ‘merampas’ bekas teman lelaki anak perempuan pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sue razip cupcake aisyah
12 months ago

"Nanti Laki Makcik Saya Rampas Pulak Nanti" - Diganggu Netizen Di WhatsApp, Ibu Cupcake Aisyah Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...