April 28th, 2018

Bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan, pelakon Atikah Suhaime merayu agar tiada pihak bertanya mengenai kisah kontroversi beliau sebelum ini kepada tunangnya, Awi Rafael yang sudah menerima diri beliau seadanya.

Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya. Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan.

Sah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lepas, Atikah mengakui Awi adalah insan yang banyak memberikan beliau semangat untuk terus bangkit saat beliau sudah berputus asa dalam kehidupannya.

Terdahulu, Atikah terlibat dengan kontroversi panas selepas foto bogel miripnya besama pelakon Idris Khan mula tersebar. Gara-gara itu beliau sudah tidak mendapat tawaran berlakon lagi dan terpaksa pulang ke tempat kelahirannya di Singapura kerana wang simpanan beliau sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.

Sumber Berita : mStar Online


16 responses to “Tolong Jangan Tanya Awi Kisah Kontroversi Saya – Atikah Suhaime”

  1. fishball says:

    nobody cares anymore lah about your old story. kau je tu yang sibok nak ungkit2. move on lah

    • yaya says:

      dia x ungkit pun..ada wartawan yang sibuk duk tny dia wktu live intvw apa ntah (lupa dh)..muka atikah pun dh lain sgt time tu..wartawan tu hanat..

  2. ABC says:

    Semua manusia ada kisah silam. Enough lah nak mengaibkan orang. Dah bagus tu mereka morving on in the right direction- berkahwin secara halal. Tu pun masih nak dig up their old skeletons in the closet.

Loading...