Bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan, pelakon Atikah Suhaime merayu agar tiada pihak bertanya mengenai kisah kontroversi beliau sebelum ini kepada tunangnya, Awi Rafael yang sudah menerima diri beliau seadanya.
Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya. Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan.
Sah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lepas, Atikah mengakui Awi adalah insan yang banyak memberikan beliau semangat untuk terus bangkit saat beliau sudah berputus asa dalam kehidupannya.
Terdahulu, Atikah terlibat dengan kontroversi panas selepas foto bogel miripnya besama pelakon Idris Khan mula tersebar. Gara-gara itu beliau sudah tidak mendapat tawaran berlakon lagi dan terpaksa pulang ke tempat kelahirannya di Singapura kerana wang simpanan beliau sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.