Tolong Jangan Tanya Artis Kita Lagi Tentang Bila Nak Bertudung, Tolonglah ~~~

Hiburan

Tolong Jangan Tanya Artis Kita Lagi Tentang Bila Nak Bertudung, Tolonglah ~~~

Abang Nara bukanlah seorang wartawan hiburan. Abang Nara respek sangat-sangat dengan wartawan hiburan di Malaysia yang sentiasa memberikan info terkini lagi sensasi kepada kita semua. Namun begitu, Abang Nara nak buat suatu permintaan daripada wartawan-wartawan hiburan Malaysia. Tolonglah jangan tanya artis kita tentang isu tudung lagi. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar.

rozita che wan

Advertisement

Semasa majlis berbuka puasa Astro, Wartawan Mstar telah bertanya kepada Rozita Che Wan sama ada ingin meneruskan imej bertudung yang dipakainya malam tersebut. Dan jawapan Rozita Che Wan ialah:-

Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami.

Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis.

Ini sekadar pendapat Abang Nara. Kalau ada yang terasa hati, Abang Nara memohon ampun dan maaf. Sekian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...