Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas tular dakwaan mengatakan dia dipaksa menjalani pembedahan bariatrik (potong usus) oleh suaminya.
Dalam satu kiriman video kepada Harian Metro, Fatin menegaskan keputusan menjalani prosedur itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana desakan suami.
Keluarga Fatin Ditahan Reman, Prince Syed Dakwa Dirinya Diserang, Cermin Kereta Dipecahkan
Saya memang buat bariatrik (pembedahan) tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami.
Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat.
Fatin, 27, menjelaskan bahawa pembedahan tersebut dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak, pada 8 Oktober lalu, dan suaminya tahu tentang keputusan itu.
Dia turut meminta orang ramai berhenti menyalahkan Prince Syed, sambil menegaskan segala keputusan adalah atas keinginannya sendiri.
Tolong jangan serbu (serang) Syed…tolong sangat. Syed tak ada kena mengena. Saya nak tenang-tenang saja.
Mengulas dakwaan rumah tangganya bermasalah, Fatin mengakui kecewa apabila isu pembedahan itu dikaitkan dengan masalah peribadi antara mereka.

Sementara itu, Prince Syed turut menafikan dakwaan kononnya dia menjadikan isterinya “tikus makmal” untuk tujuan promosi produk pelangsingan badan.
Menurutnya, Fatin menjalani pembedahan tersebut secara sukarela selepas lama berdepan tekanan akibat body shaming.
Saya siap solekkan wajahnya di atas katil sebelum nak keluar dari pusat perubatan itu selepas pembedahan, jadi memang tak ada isu saya memaksa.
Prince Syed memaklumkan isterinya, Fatin, kini dirawat di hospital akibat dehidrasi namun dalam keadaan stabil, sambil menafikan dakwaan bahawa beliau melarikan anak-anak atau memutuskan hubungan dengan keluarga mentua.
Terdahulu, tular video didakwa ibu mentua Prince Syed yang menuduhnya melarikan anak dan cucu serta memaksa Fatin menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan promosi produk pelangsingan badan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
