Berita gembira yang diterima pagi tadi tentang penarikan balik penceraian Adi Putra terhadap isterinya pastinya bukan sahaja menggembirakan Adi dan isteri, tetapi juga Nora Danish yang dikaitkan sebagai punca pergolakan rumah tangga Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.
Menerusi suratkhabar Kosmo semalam, Nora Danish menafikan sekeras-kerasnya yang dia memiliki hubungan istimewa dengan Adi Putra. Kata Nora:-
Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi. Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya.
Malah Nora Danish ternyata kecewa apabila namanya dikaitkan. Namun Nora Danish berkata yang dia tidak tergamak untuk melakukan perkara yang sama selepas melalui penceraian dengan Jejai dahulu. Kata Nora:-
Ketika hendak berlepas ke Mekah pada 28 Mac lalu, Adi dihantar ke lapangan terbang oleh Aida. Kami juga sempat berborak sementara menunggu penerbangan. Bila pulang perkara sebegini pula yang terjadi. Tolong jangan kaitkan saya, mentang-mentanglah saya ini ibu tunggal. Saya sendiri pernah melalui episod perceraian dalam perkahwinan. Secara logiknya, tak mungkin saya tergamak untuk melakukan perkara yang sama terhadap rumah tangga orang lain Saya sedih dengan keadaan yang berlaku.
Apa pun Adi Putra telah pun menarik balik permohonan cerainya. Semoga dengan penarikan ini, nama Nora Danish tidak lagi dikaitkan. Dan Abang Nara berdoa agar Nora cepat-cepat bertemu jodoh supaya tidak ada lagi gosip murahan seperti ini.