Mendengar berita berkenaan, Sherry juga menegaskan agar tiada lagi pihak mengaitkan nama beliau dengan bekas kekasihnya dan enggan lagi berbicara mengenai Fattah Amin serta Ashraf Muslim.
Tidak manis saya bercakap mengenai mereka lagi kerana masing-masing juga mencari rezeki dalam industri sama.
Saya juga tidak mahu dikaitkan dengan Ashraf kerana kami sudah bertahun-tahun berpisah. Tidak perlu dan tiada kepentingan untuk kami dikaitkan lagi kerana dia sendiri sudah pun berbahagia bersama keluarganya. Dia juga tidak perlu menghubungi saya dan nama Ashraf tidak perlu diungkit lagi.
Namun, Sherry akui beliau agak terkejut apabila Fattah mengumumkan perpisahan mereka lebih awal daripada perbincangan mereka. Menurut Sherry, mereka sudah berbincang untuk memaklumkan mereka sudah putus cinta selepas selesai melancarkan single pertamanya iaitu Seikhlas Hati yang dilancarkan semalam.
Sherry juga mendedahkan keputusan untuk berpisah sebenarnya dibuat oleh Fattah. Buat Sherry apa yang berlaku ada hikmahnya sendiri tetapi beliau juga ingin membersihkan namanya atas dakwaan sebagai wanita yang kuat mengongkong.
Jika orang sudah tidak mahu, takkan kita nak paksa? Ia bukan benda yang malu untuk diperkatakan. Bagaimanapun, apa yang terjadi ada hikmahnya.
Apa yang saya mahukan adalah nama saya dibersihkan daripada perkara tidak benar, seperti dakwaan mengatakan diri saya mengongkong dan sebagainya.
Tidak apa Sherry, kalau orang sudah tidak menghargai kita untuk apa teruskan hubungan itu lagi? InshaAllah, mungkin selepas ini Sherry akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik.