“Tolong Jangan Hilangkan Rasa Hormat Saya” – Shahrol Bidas Afdlin Shauki Pertahankan Kelab Komedi

Hiburan

“Tolong Jangan Hilangkan Rasa Hormat Saya” – Shahrol Bidas Afdlin Shauki Pertahankan Kelab Komedi

Umum mengetahui, kes mengenai seorang wanita menghina agama Islam kini tengah menjadi perbualan ramai dan untuk memanaskan lagi keadaan, pelawak Shahrol Shiro telah menentang pandangan pelakon Afdlin Shauki yang meminta agar stand-up di Crackhouse Comedy Club tidak ditutup.

Melalui posting Shahrol di Instagram, dia bertegas serta setuju agar kelab komedi itu ditutup, lagi-lagi apabila video wanita menghina agama Islam telah tersebar dan menyinggung hati banyak pihak.

Advertisement

Dalam hantaran lain, pelawak itu turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan suasana di dalam kelab berkenaan yang menghidang air minuman keras di meja pelanggan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Sementara itu, kenyataan Afdlin yang mengatakan penceramah juga ada memasukkan unsur komedi ketika memberi ceramah turut dibantah oleh Shahrol dan dia mengatakan sebab penceramah berbuat demikian kerana untuk menghilangkan bosan pendengar.

Tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri.

Dalam pada itu, dia berkata akan terus menentang dan bersuara seandainya Afdlin terus membela kemungkaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Saya Tak Menyokong Penghina Islam!" - Afdlin Shauki Dikecam Netizen Kerana Pertahankan Penganjur Kelab Komedi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    July 13, 2022 at 1:42 pm

    kejap kelab ini dlm daerah negeri selangor atau bukan kalau selangor tak tutup la sebab sebab bwah kuasa pakatan ,so pls calm down leave it to the higher authority

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...