Umum mengetahui, kes mengenai seorang wanita menghina agama Islam kini tengah menjadi perbualan ramai dan untuk memanaskan lagi keadaan, pelawak Shahrol Shiro telah menentang pandangan pelakon Afdlin Shauki yang meminta agar stand-up di Crackhouse Comedy Club tidak ditutup.
Melalui posting Shahrol di Instagram, dia bertegas serta setuju agar kelab komedi itu ditutup, lagi-lagi apabila video wanita menghina agama Islam telah tersebar dan menyinggung hati banyak pihak.
Dalam hantaran lain, pelawak itu turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan suasana di dalam kelab berkenaan yang menghidang air minuman keras di meja pelanggan.
View this post on Instagram
Sementara itu, kenyataan Afdlin yang mengatakan penceramah juga ada memasukkan unsur komedi ketika memberi ceramah turut dibantah oleh Shahrol dan dia mengatakan sebab penceramah berbuat demikian kerana untuk menghilangkan bosan pendengar.
Tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri.
Dalam pada itu, dia berkata akan terus menentang dan bersuara seandainya Afdlin terus membela kemungkaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.