Satu video terbaru menunjukan pelakon Fathia Latff menangis meminta maaf sambil meminta supaya Netizen mendoakannya dan jangan memfitnahnya telah tersebar di media sosial sejak malam tadi.
Dalam rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu Fathia dipercayai bersiaran di Bigo Live dan berinteraksi dengan penonton-penontonnya. Ujar Fathia:
Saya masih belajar mengenai Islam dan masih belajar mengenai tuhan. Dan saya bersikap jujur pada anda semua, tolong jangan fitnah saya. Tak baik fitnah saya.
Saya minta maaf kerana emosional. Ini memalukan saya tapi saya mesti bersikap jujur pada anda semua. dan saya gembira,
Kerana ada banyak khabar angin di kuar sana,Kadang-kadang saya (dikatakan) buka tudung di luar padahal ternampak rambut sedikit saja. Saya masih belajar jadi saya harap anda semua faham dan doakan saya. Dan jangan fitnah saya.
Kerana saya rasa saya faham apa perasaan kawan saya (tak boleh sebut namanya). Mungkin dia selalu kena macam ni, tahu?
Dia pun baru nak belajar pakai tudung dan dia pun dapat cacian macam ni.
Kami rasa hilang arah kerana tiada siapa sokong kami hendak belajar. Tolong jangan fitnah saya.
Dan saya tak nak cakap banyak tentang apa yang terjadi. Itu saja.
Video tersebut boleh ditonton di bawah:
Bagaimanapun, Fathia tidak meryebut apa bentuk fitnah yang dperkatakan mengenainya dan siapa ‘kawan’ yang dmaksudnya.
Video ini dipercayai dibuat oleh Fathia setelah satu video menunjukkan seorang wanita miripnya dan rakannya, Natasha Elyzza menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payudara untuk penonton satu siaran Bigo Live tersebar sejak beberapa hari lepas. –beautifulnara.com