Tolong Jangan Bangkitkan Lagi Isu Cinta Saya Dengan Fattah – Neelofa

Hiburan

Tolong Jangan Bangkitkan Lagi Isu Cinta Saya Dengan Fattah – Neelofa

Kisah cinta mereka sudah lama berakhir, tetapi sehingga hari ini nama Fattah Amin sukar untuk tidak dikaitkan dengan Neelofa. Ramai peminat  yang masih menaruh harapan besar kedua-dua bintang popular ini bersatu dalam ikatan cinta sekali lagi, memenuhi fantasi mereka  agar hubungan Neelofa dan Fattah sama romantisnya seperti di dalam drama SHMP.

Advertisement

Hampir lebih daripada setengah tahun ia berlaku dan Neelofa kini sudah agak “rimas” dengan kisah cinta mereka yang sering dibangkitkan.

Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tidak ada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal tersebut. Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu (kisah dengan Fattah).

Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan.

Kalau tuan empunya badan sendiri sudah tidak mahu terus dikaitkan dengan Fattah, nampaknya peminat sudah boleh berhenti berharap mereka berdua ini akan bergelar pasangan kekasih sekali lagi. Teruskanlah kehidupan. Tidak semua di dalam drama itu sama dengan realitinya.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...