Tolong Isteri Bertungku, Suami Farah Nabilah Dipuji Netizen

Hiburan

Tolong Isteri Bertungku, Suami Farah Nabilah Dipuji Netizen

Umum mengetahui, pelakon Farah Nabilah dan suami kini telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 22 Oktober lalu.

Advertisement

Rentetan itu, Farah juga khabarnya sedang gembira memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan masih menjalani proses berpantang.

Menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, Farah yang tidak segan berkongsi perkembangan dirinya berpantang tampil memuat naik sepotong video mempamerkan dirinya melakukan proses bertungku.

Namun begitu, apa yang meraih perhatian  ramai adalah proses bertungku itu dibantu oleh suaminya sendiri ketika anak mereka sedang nyenyak tidur.

Menjengah ke komen, rata-rata netizen dilihat memuji tindakan Amirul yang tidak berkira membantu isteri terutamanya ketika menjalani proses berpantang.

Malah, Farah juga dilabel sebagai wanita bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang tinggi nila tanggungjawabnya.

Untuk rekod, Farah sebelum ini telah sah menjadi isteri kepada Mohamed Amirul pada 20 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Andre Omar bin Mohamed Amirul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...