Tolong Ibu Bapa Di China Beri Nama Inggeris Pada Anak-Anak, Remaja Ini Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000

Trending

Tolong Ibu Bapa Di China Beri Nama Inggeris Pada Anak-Anak, Remaja Ini Jana Pendapatan Sebanyak RM260,000

Seorang remaja perempuan  dari Britain bijak menjana pendapatan hampir £50,000 dengan menolong ibu bapanya di China memberi nama inggeris kepada anak-anak mereka.

Advertisement

Beau Jessup, 16, hadir membawa idea dengan membina laman web specialname.cn selepas dia diminta memberi nama inggeris kepada seorang bayi ketika dia mengunjungi negara China.

Portal Mirror berkata, permintaan servis memberi nama inggeris di negara tersebut meningkat kerana ibu bapa di China mahu nama anak-anak mereka mempunyai bunyi barat.

Mereka juga percaya dengan mempunyai nama Inggeris – yang senang disebut, dibaca dan ditulis – akan menambahkan peluang mereka mendapat kerja dan belajar di universiti luar negara.

Namun, ianya tak semudah yang disangka kerana akses internet disekat di negara itu, namun ibu bapa di China akan memberi nama inggeris yang pelik-pelik kepada anak mereka seperti  Rolex, Cinderella, Rambo dan Gandalf – memandangkan mereka tidak tahu maksud perkataan-perkataan tersebut, kata Beau.

Beau berkata : “Apabila saya pergi ke China, saya kerap kali diminta untuk menamakan bayi-bayi rakan ibu bapa saya

“Mereka berkata nama Inggeris itu penting kerana kita tidak boleh menggunakan nama China di emel atau permohonan universiti di UK. Nama Inggeris akan lekat selama-lamanya dalam hidup sehingga mati”

“Tapi saya juga dengar banyak nama-nama yang tidak elok digunakan oleh orang di sana (China) yang mereka dengar dari filem atau internet. Selepas itu saya mulai sedar ini adalah peluang untuk membantu orang China memberi nama dengan betul”

Laman web Beau membolehkan ibu bapa di China memilih nama Inggeris untuk anak-anak mereka dengan memilih karakteristik yang mereka mahukan – seperti elegen, laju, sensitif dan lain-lain. Selepas itu, laman web itu akan memberi cadangan nama inggeris berdasar karakteristik yang dipilih.

Beau berkata, sebanyak 221,000 nama bayi telah dikeluarkan oleh laman web itu sejak ia dilancarkan enam bulan lalu.

Untuk tiga kali cubaan, ibu bapa akan dikenakan caj sebanyak 60p (RM 3.20) dan setakat ini Beau berjaya memperoleh lebih kurang £48,000 (RM 260,000).

Sumber : Mirror

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...