Memetik Xtra, seorang individu tidak bertanggungjawab telah bertindak mendedahkan beberapa surat dokumen tuntutan hak penjagaan anak yang dituntut pelakon Adam Shahz terhadap bekas isteri, pelakon Fatin Afeefa.
Ia kemudian menjadi tular di media sosial TikTok dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Dalam hantaran tersebut, terdapat beberapa sebab mengapa Adam menuntut hak penjagaan anak perempuannya, Ivy daripada Fatin Afeefa.
Adam mendakwa bekas isterinya itu telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Ivy seperti tidak menghantar Ivy ke sekolah dan kebanyakan masa diuruskan oleh ibu Fatin.
Defendan gagal memberi pendidikan yang baik kepada anak kerana sehingga kini anak tidak dihantar ke sekolah dan langsung tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Malah, kakak kepada pelakon filem Tentang Bulan itu ada meninggalkan komen berbaur tidak puas hati kerana telah menyebarkan perkara privasi kepada umum.
Katanya, keluarga Fatin sendiri tidak mengetahui secara lanjut mengenai perkara itu dan tidak pernah didedahkan untuk tujuan berkongsi.