“Tolong Hormat Jalur Gemilang Di Baju Saya”- Teguran Iskandar Kepada Jorgensen

Trending

“Tolong Hormat Jalur Gemilang Di Baju Saya”- Teguran Iskandar Kepada Jorgensen

Tindakan juara perseorangan Terbuka China, Jan Jorgensen yang melempar baju pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin ketika perlawanan separuh akhir kejohanan itu ternyata mengundang rasa kurang senang terhadap pemain Denmark itu.

Advertisement

Meski pun Jorgensen terkenal antara pemain yang panas baran, tetapi tindakan itu dilihat melampaui batas sehingga mengundangng kritikan dari Iskandar sendiri.

Insiden itu berlaku di set ketiga pada perlawanan akhir Terbuka China pada Sabtu apabila kedua-dua pemain bertukar gelanggang dan Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan.

Selepas melihat baju itu, Jorgensen dilihat bersahaja melempar baju yang mengandungi lambang Jalur Gemilangke arah kawasan Iskandar.

Namun jurulatih Iskandar dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.

Iskandar juga mendedahkan kepada media bahawa Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan dia dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Iskandar turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.

“Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya,” katanya.

Dalam perlawanan terbabit, Iskandar tewas kepada Jorgensen dalam pertembungan tiga set dengan keputusan 20-22, 22-20, 7-21.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...