Abang Ipar Nidza Afham iaitu Effie Amron yang ditemui maut di Sungai Klang semalam memohon agar netizen tidak membuat sebarang konspirasi atau spekulasi berkaitan kematian penyanyi itu.
Tolong hentikan segala rekaan spekulasi, konspirasi dan kronologi semua. Berkatalah benda benda yang baik. Bila kita jadi baik, nanti ramai sayang, Allah pun sayang.
Effie turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan meuar-uarkan tentang berita berkenaan Nidza Afham.
Dia turut memaklumkan bahawa pihak keluarga kini sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian Nidza.
Jaga diri semua, jaga diri, jaga diri dan tolong jaga diri baik baik.
Dalam pada itu, kakak sulung Nidza memaklumkan jenazah arwah akan dikebumi di Puncak Alam selepas solat Zuhur hari ini di tapak perkuburan Felda Bukit Cherakah berhampiran SMK Puncak Alam.
Adik saya akan dikebumi di Puncak Alam selepas solat Zohor. Solat jenazah di Masjid Puncak Alam & inshaAllah di kebumi di tapak perkuburan Felda Bukit Cherakah berhampiran SMK Puncak Alam.
— Efahanie (@efaperfume) August 15, 2024