Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tolong Hargai, Penat Kami Belajar Bahasa Korea – Eyka Farhana Heroin Drama Ustaz Sebelah Rumah

Beberapa hari lalu, sedutan dari telefilem Ustaz Korea Sebelah Rumah lakonan Eyka Farhana dan Nazim Othman menjadi viral kerana mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan sebutan bahasa Korea oleh kedua-dua pelakon itu tidak menjadi dan kedengaran agak pelik.

Advertisement

Menerusi portal mStar Online, Eyka akui terkilan dengan sikap netizen yang tidak menghargai usahanya dan Nazim untuk mempelajari bahasa itu dan memberikan yang terbaik dalam lakonan mereka.

Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea. Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu.

 

Dalam drama tersebut, Eyka membawa watak sebagai seorang gadis peminat tegar K-Pop yang  jatuh hati dengan seorang ustaz berwajah Korea lakonan Nazim yang baru berpindah di sebelah rumahnya. Pelbagai cara beliau lakukan untuk mencuri perhatian ustaz tersebut.

Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama. Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka.

Biasalah kalau ada pihak yang mengkritik tetapi janganlah terlalu kecewa. Jadikan sebagai pembakar semangat untuk lakukan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Miss

    January 16, 2018 at 12:58 pm

    Aku dh 10 thn ikut drama korea pn x pandai2 lagi…u all blajar seminggu x tau la nk kata..

  2. Anti peminat over the pagar

    January 16, 2018 at 12:19 pm

    Aku bukan nak back up minah ni tapi peminat kpop ni apahal OVER sgt? Kau bising sgt, kau la sponsor dia kelas bahasa korea. Korang ckp korea pun entah2 org korea gelak sbb bunyi nahu segala pelik.

  3. iminatRMjew

    January 16, 2018 at 11:31 am

    ada masalah ke klu ckp je BM.. kan senang tu..

    • lalalalalala

      January 16, 2018 at 11:52 am

      alaa dalah cerita tu dia jadi kpoper. so tengok lah budak kpoper sekarang, acah cakap korea oppa saranghae lah benda. sama je cerita dia. yang minah kpoper acah pandai cakap padahal sama je slang dengan eyka ni cakap.

  4. Stop Kecam Bangsa Sendiri

    January 16, 2018 at 10:58 am

    Dalam bab ni aku sokong Eyka. Apahal orang Malaysia ni kecoh sangat…bukannya masuk pertandingan Bahasa Korea ke apa. Tengok citer Zoolander, watak yg kononnya Perdana Menteri Malaysia. Cakap apa pun aku tak paham. Xde yang kecam pon. Itu level Hollywood tau..yg korang sanjung sangat tu…

  5. nenek tua

    January 16, 2018 at 10:56 am

    blajar ckp korea SEMINGGU….?????
    apa ke hal ko blajar ckp seminggu n ko nk terasa biler org ckp cara ko ckp tu pelik…???
    Helooooo adik manis…nk blajar bahasa yg asing dari kita mmg bkn sesuatu yg senang…tp ko tu seharusya mabk inisiatif awal at least sebulan or 2 minggu ke utk blajar ckp elok2…practise make perfect…dlm seminggu jgn kata bhasa korea bahasa tamil pon x blh fluent dik oooiiii…mentang2 la drama budget, ko ambik mudah jer…klu ko baca teguran kak ni, nk nasihat sikit la…xbyk pon..
    Buat apa bnda sekalipon buat dgan sepenuh hati, all out! So bile org kondem, ko x kn terasa sbb u tau, yg ko dh buat sehabis baik..xgitu….

    • pakcikkaula

      January 16, 2018 at 11:34 am

      rilek la nenek tua…nenek cakap melayu pun rojak pasemboq menyemboq..
      da jadi nenek pun bahasakan diri kak..kakakakaakakakaaa

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama