Beberapa hari lalu, sedutan dari telefilem Ustaz Korea Sebelah Rumah lakonan Eyka Farhana dan Nazim Othman menjadi viral kerana mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan sebutan bahasa Korea oleh kedua-dua pelakon itu tidak menjadi dan kedengaran agak pelik.
Menerusi portal mStar Online, Eyka akui terkilan dengan sikap netizen yang tidak menghargai usahanya dan Nazim untuk mempelajari bahasa itu dan memberikan yang terbaik dalam lakonan mereka.
Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea. Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu.
if I had to see it , so do YALL pic.twitter.com/b39yxgRUJI
— •ida• (@okestern) January 13, 2018
Advertisement
Dalam drama tersebut, Eyka membawa watak sebagai seorang gadis peminat tegar K-Pop yang jatuh hati dengan seorang ustaz berwajah Korea lakonan Nazim yang baru berpindah di sebelah rumahnya. Pelbagai cara beliau lakukan untuk mencuri perhatian ustaz tersebut.
Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama. Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka.
Biasalah kalau ada pihak yang mengkritik tetapi janganlah terlalu kecewa. Jadikan sebagai pembakar semangat untuk lakukan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

kukuku
January 19, 2018 at 7:44 pm
dah tahu tuntutan cerita ni kena berbahasa korea, smggu sebelum shooting baru nk belaajr bahasa korea? OMG
bkn nk agungkn pelakon korea, tp aku mmg suka tgk korean drama and movie. diaorang kalau nk lakonkn sesuatu watak tu dia pnye buat research nk mendalami watak tu supaya menjadi berbulan2 belajar dlu kasi puas hati. artis malaysia. oopss lu fikir lah sendiri
miss_oppppssssss
January 17, 2018 at 4:35 pm
Takat “Shiro”, “Ya, Mohe”, pun nampak kekakuan ko, dik Eyka oi… Bertabahlaaaa ye nak jadi retis.. jangan alami depression plak…
kak nam
January 17, 2018 at 8:24 am
rasanya penonton/netizen akan hargai bila cara sebutannya betul & tepat bunyinya.. ini da macam bunyi cakap hindi pun ada.. bunyi korea pelat lekat pun xde.. org x boleh tangkap sebutan dialog tu…sbb tu org kondem/kritik/komen…. atleast belajar sebut perkataannya betul2.. kalau org korea tgk maunya derang marah sbb xde bunyi korea pun sebutannya…
artis tip top
January 16, 2018 at 1:45 pm
tolong hargai puuuuuiiiiii masalahnya kau penat pun hasilnya macam taikkkk kau paham tak itu sebab org tak hingin nak hargai! kau dan mat korea jawo tu sama je org tak pandang sebab korang ‘lukewarm nails’ sajorrkkkk so beleh belahhh