Gadis obesiti yang viral sebelum ini, Wani Comel tampil memaklumkan kepada umum bahawa kesihatan dirinya kini memerlukan pemeriksaan lanjut selepas mendapati beliau mengalami komplikasi jantung bengkak.
Katanya lagi, beliau juga telah didiagnos menghadapi jangkitan kuman pada paru-paru.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Wani menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
“Semua sedia maklum yang saya didiagnos menghadapi jangkitan kuman pada paru-paru baru-baru ini. Hari ini (semalam) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya.”
Bagaimanapun, dirinya kini khbarnya sudah dibenarkan pulang ke rumah buat sementara waktu.
Malah, tidak terlepas menyeru orang ramai mendoakan agar kesihatan kembali sembuh dan bebas daripada sebarang penyakit.
“Buat masa ini saya dibenarkan pulang sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini. Tolong doakan saya. Ya Rahman, Ya Rahim, aku berserah kepadaMu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat. Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Wani terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.
Sumber: Gempak