“Tolong Doa Untuk Adikna, Okay?”

Trending

“Tolong Doa Untuk Adikna, Okay?”

Pernah anda saksikan orang yang anda sayang menghembuskan nafas terakhir di depan anda? Untuk akhirnya, menyaksikan roh mereka ditarik keluar oleh Izrael dan apa yang tinggal hanya tubuh yang tidak lagi bernyawa di hadapanmu?

Kerana saya pernah.

Advertisement

Dan ia meninggalkan parut yang takkan sembuh.

Ini ialah gambar ketika bulan-bulan terakhir Adikna di hospital.

Peringkat terakhir rawatan kanser dia, dan mesti duduk dalam pendingin hawa 24 jam untuk elakkan jangkitan kuman. Gambar ini ketika saya sedang peluk dia sebab dia kesejukan (selimut tak jalan)

Adikna mula diagnosis sebagai penghidap kanser pada 2014.

Saya masih ingat ketika itu Ummi dan Amsyar (anak buah) kena denggi.

Dan Adikna pun turut demam. Semua ingat denggi, lepas diagnosis, baru tahu itu demam tiroid.

Tetapi ia tidak berakhir di situ.

Lepas beberapa lama, doktor syak sesuatu…

Lepas keputusan imbasan CT tunjuk dadanya ada sel kanser Hodgkin Lymphoma.

Satu keluarga bermesyuarat penting dekat hospital.

Saya pula kebetulan bulan depannya ada projek kemanusiaan di Selakan, Sabah. Tapi korbankan semua tu sebab nak bersama dia.

Tak ada apa yang takkan saya lakukan untuk Adikna.

Lepas dapat keputusan imbasan CT, Adikna dah sangat sedih.

Memang risau, sebab Adikna tak kuat. Bukan pada fizikal tapi dia jenis tak ada prinsip dan ikut lalang sejak kecil.

Masa tu rasa sedih sangat. Sejak saat itu saya buat keputusan untuk jadi abang paling rapat untuk dia.

Sebelum ni dah rapat tapi kali ni nak rapatkan lagi.

Sebab saya tahu, Adikna jenis yang suka bergaul dengan orang. Dia suka bila dalam kalangan orang rapat, selalu jaga hati perasaan orang. Seorang yang sangat dahulukan orang lain.

That’s Adikna, adik saya yang cantik dan berjiwa tulus. :’)

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau!”, Maka ia terus menjadi.

– Surah Yasin ayat 82 –

2 hari kami bermalam di ICU, baca yasin, duduk sebelah Adikna, belai kepala, doakan dia.

Saya terlalu fokus mengharapkan keajaiban daripada Allah supaya Adikna dapat sembuh walaupun dah kritikal sehingga saya terlupa ayat Surah Yasin yang seterusnya ialah,

“Maka Maha Suci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”

Selepas Adikna pergi meninggalkan kami, rasa sedih membuak-buak itu muncul. Namun dalam keadaan yang masih terkawal.

Entah kenapa waktu perpisahan Adikna, rasa macam just nak berpisah sekejap.

Rasa macam, “Adikna, Achik keluar jap nak beli barang. Jap lagi Achik balik.”

Masuk hari kedua dah lalui rasa bangun-bangun tidur Adikna dah tak ada, baru time ni rasa betul-betul rasa yang Adikna dah tak ada.

Lepas-lepas ni, Achik bangun tidur dah tak ada tujuan nak pergi bilik bawah pastu ucap “Morning baby.”

Ya, hampir setiap pagi saya buat macam tu.

Lepas-lepas ini, bangun tidur dah tak ada orang yang Achik kena belikan sarapan. Biasanya akan ada yang minta mee goreng sambal nasi lemak.

Lepas-lepas ini, Achik bangun tidur, Adikna dah tak ada.

Hanya masa itu saya sedar yang dia telah benar-benar pergi ke tempat lebih baik, tanpa saya di sisinya.

Sungguh, hati belum mampu nak terima sepenuhnya perpisahan dengan Adikna.

Rasa tak percaya. Adikna yang sama-sama suka ceria menceria suasana, dah tak ada.

Teman wanita saya.
Rakan buat jahat bersama
Menumpang saat saya memandu
Yang saya panggil ‘cinta’

Ya, saya panggil dia “Cinta”.

Tiap pagi di hospital saya datang dan ucapkan  “Morning Cinta!”.

Dia akan jawab, “Morning Rindu!”

Apabila kami kena berpisah, saya akan katakan pada dia, “Bye Cinta!”

Dan dia akan jawab, “Bye Rindu!”

Dia tak pernah lupa ucap selamat hari lahir pada orang sekeliling dan bersyukur tiap saat.

Dia gadis yang akan cuba yang terbaik untuk meraikan seseorang yang telah berusaha sedaya upaya. Walaupun dengan menggunakan sebanyak-banyaknya emoji di WhatsApp.

Kasih, senyuman dan kebahagiaan kami sejak 6 Januari 1994.

Ya, umurnya 23 tahun tetapi kesakitan dan penderitaan yang dia lalui lebih berat dari remaja seusianya. Sebab itu, saya simpan nombor telefonnya sebagai ‘Adikna kuat’, lama dulu.

Kesakitannya, penderitaannya, ujian buatnya.

Sehingga ke akhir hayat, dia berjuang penuh semangat untuk membuktikan pada para doktor yang dia boleh hidup sehari lagi (walaupun prognosis menyatakan sebaliknya).

Ya, dia berjaya buktikan yang dia dapat bertahan sehari lagi.

Ramai mengatakan dia bertuah memiliki saya sebagai abang semasa hayatnya. Sedangkan yang bertuah itu saya kerana memilikinya sebagai adik.

Dia kuat, dan kini saya tahu saya pun kena kuat.

FOTO: Pertama kali mengerti makna ‘sudah kering air mata’

Lepas Adikna dah pergi, lepas kemas-kemas rumah untuk tahlil (sementara jenazah Adikna belum sampai rumah), Achik pergi mandi bersiap kemas-kemas.

Pakai wangi-wangi, bedak shampoo. Kemudian pakai baju kemeja blue black ini.

Ada sebab kenapa baju ni dipilih.. teruskan membaca..

Adikna pernah cakap, dia suka lelaki kacak pakai baju kemeja putih atau biru gelap/hitam.

Sebab mood, pilih warna gelap.

Ketika uruskan jenazah Adikna kat tanah perkuburan tahun lepas pun pakai baju yang sama. Sebab nak jadi lelaki kacak yang Adikna suka sangat tu.

Nampak matanya yang merah?

Itu kerana dia menangis waktu menghantar saya di KLIA untuk pengajian saya di UK.

Itu kali pertama kami dipisahkan oleh benua, beribu batu jauhnya.

Saya masih ingat waktu dia peluk saya dalam diam tanpa berkata apa-apa, hanya ada tangisan.

Pernah dia tanya pada saya, apa yang saya mahu untuk seorang lelaki yang bergelar suaminya?

“Dia kena keluar musafir dengan Acik 3 hari dulu.”

Melihat realiti hari ini, saya takkan dapat melihat Adikna dalam busana pengantin yang dia suka sangat dan menyaksikan kebahagiaaan hari perkahwinannya.

Setelah Adikna pergi, kesihatan mental saya terjejas teruk.

Saya  mengalami kemurungan, kebimbangan, berfikir keterlaluan, kesedihan dan lebih lagi dalam masa hanya setahun.

Dua kali saya terkena serangan panik, kemudian mendapatkan bantuan dari ahli psikologi klinikal, untuk keadaan saya.

Kadang-kadang, kemurungan datang semula.

Episod paling lama saya lalui selama dua bulan kebelakangan ini. Kini saya perlahan mengutip keping-keping diri saya yang telah hancur beberapa bulan lepas.

Tolong jangan salah faham keadaan saya sebagai “tak reda”, “tak move on” etc.

Itu takkan membantu.

Saya kena bertahan, saya kena teruskan kehidupan.

Tolong doakan saya akan dapat bertahan sehingga ke penghujungnya. :)

Saya pernah menulis kisah kasih sayang kami dengan terperinci sebelum ini. Ada tiga episod yang boleh anda baca jika anda berminat.

Terima kasih kerana membaca! Tolong doa untuk Adikna, okay? :)###
Sumber: Aiman Psikologis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...