Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menerusi sebuah hantaran di Instagramnya memanggil mereka yang terkesan dengan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh kini untuk menghantar DM agar bantuan makanan tengah hari secara percuma dapat diberikan.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, usaha yang dilakukannya itu adalah hasil kerjasama dia dan peniaga Izdihat Rizkallah yang menaja makanannya sepanjang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 pada Mei lalu.
View this post on Instagram
Ujar Sarah, dia meminta individu yang terkesan untuk menghubunginya secara peribadi di laman Instagram miliknya.
“Kerjasama dengan Izdihar Rizakallah tercetus semasa saya menjalani kuarantin disebabkan positif COVID-19. Dia beri saya makanan untuk review dan saya lakukan secara percuma. Kalau saya dapat percuma, kenapa orang lain tak boleh? Jadi saya nak bantu mereka yang susah sepanjang tempoh lockdown. Saya sudah kongsikan perkara ini di IG sejak dua hari lalu dan hanya beberapa orang sahaja yang DM.”
Isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof ini juga dilihat telah berkongsi mengenai tawaran makanan tengahari secara percuma buat keluarga tidak berkemampuan di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Ketika ditanyakan pendapat mengenai mereka yang sanggup menipu atau mengambil kesempatan dengan bantuan yang dihulurkan itu, Puters Sarah berkata dia enggan memikirikan perkara itu kerana sudah menyimpan niat untuk bersedekah.
“Niat saya hanya ingin bersedekah dan membantu golongan yang susah sepanjang tempoh lockdown. Saya tahu ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Kami sasarkan lebih kurang 10 keluarga dalam satu hari.” ujar Puteri Sarah lanjut ketika dia dihubungi sebuah media baru-baru ini.