Baru-baru ini, tular video memaparkan ceramah pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Syamsul Debat yang mengatakan soal anak-anak meletak ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua.
Tak salah letak ibu bapa di pusat jagaan orang tua
Menurut Syamsul, ia bukanlah satu perkara yang salah dan digalakkan kerana ibu bapa akan lebih terjaga jika berada di pusat penjagaan itu.
Tolong buang mindset letak ibu bapa di rumah orang tua maksudnya kita nak buang mereka.
@syamsuldebatofficial SYAMSUL DEBAT | MINDSET BUANG MAK AYAH ?!! -Assalamualaikum Semua! Jangan lupa, ini cuma sedutan pendek dari ceramah Syamsul Debat. Untuk menonton video penuh yang penuh dengan ilmu, jangan lupa kunjungi YouTube Channel rasmi Syamsul Debat di Syamsul Debat TV. Selamat menonton dan semoga bermanfaat! #fypage #syamsuldebat #fypmalaysia🇲🇾 #fyppp #muslim #viralvideo #VIRAL #viraltiktok #2025 #fypp #ZAMAN #muslimah #hormat #ANAK #BAPA #LAWAK #orang #SUAMI #ISTERI #MAK #rumahorangtua #nursery ♬ original sound – Syamsuldebat
Kata pendakwah itu lagi, pusat penjagaan merupakan satu tempat yang akan menjaga ibu bapa jika anak-anak sibuk bekerja.
Bahkan merasakan tindakan itu lebih baik berbanding meninggalkan ibu bapa sendirian di rumah tanpa ada siapa-siapa yang menjaga mereka.
Netizen setuju cuma..
Kadang kita bekerja takde orang nak jaga. Pusat jagaan dia jaga, bagi makan apa semua tapi malam ambil semula.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan pendapat Syamsul tetapi merasakan masyarakat kita masih tidak boleh menerima perkara itu dan merasakan ia sebagai tindakan anak derhaka kerana enggan menjaga ibu bapa sendiri.