Cara penyanyi Arrora Salwa mendidik anak tirinya telah mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi video di akaun TikTok baru-baru ini yang memaparkan dirinya melemparkan buku-buku.
Berdasarkan hantaran itu, penyanyi berusia 40 tahun tersebut dilihat berang dan memarahi anak tirinya, Ahmed Eshan Ahmed Mahfuz, 15, kerana tidak membuat tugasan sekolah setelah hampir sebulan bercuti.
Jangan persoal kenapa buku terbang. Ini bukan soal hormat atau tidak ilmu. Siapa faham, faham lah. Siapa tak faham, tak mengapa.
“Saya memang garang”
Kata Salwa, dia tidak mahu anak tirinya merasakan kesusahan hidup yang pernah dilaluinya jadi sebagai ibu tiri dia perlu bijak dalam segala macam perkara.
Saya memang garang dan tegas, tapi bila waktu bergurau, anak-anak seolah lupa saya seorang ibu tiri yang garang.
@arrorasalwareal JANGAN PERSOAL KENAPA BUKU TU TERBANG. INI BUKAN SOAL HORMAT ATAU TIDAK ILMU. Siapa paham, paham lah siapa tak paham, tak mengapa. Semua orang boleh jadi ibu. Tapi untuk mengalas tangungjawab sebagai pendidik itu bukan mudah. Kita lalui kesusahan dan kepahitan dalam hidup, sebagai orang tua, kita tak nak anak kita rasa & lalui apa kita rasa n lalui.. Saya post disini kerana disinilah saksi saya. Saya sebagai ibu tiri perlu bijak dalam segala hal. Saya mmg garang, saya mmg sangat tegas, tapi bila waktu bergurau, anak2x seolah lupa garang dan tegas seorang yang bergelar mommy si ibu tiri ini. #fyp #fpy #fypシ #fypmalaysia ♬ original sound – arrorasalwareal
Tak hormat ilmu
Meskipun ramai di TikTok yang memuji ketegasan Salwa namun di laman sosial lain, penyanyi tersebut dikecam kerana tidak menghormati ilmu dengan membaling buku.
Bukan itu sahaja, ramai turut persoal tindakan Salwa yang merakamkan situasi tersebut dan memuat naik video berkenaan di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.