Kebelakangan ini, macam-macam cerita tentang Neelofa hangat diperkatakan terutama sekali kisah cinta beliau. Paling mendapat perhatian ramai adalah keakraban beliau dengan Raja Muda Selangor Tengku Amir, beberapa pihak mendakwa mereka sedang hangat bercinta.
Terbaru, status Neelofa di akaun Twitternya meminta agar segala khabar angin dihentikan mencetuskan persoalan dikalangan peminatnya.
Namun, menerusi akaun Twitter itu juga, status Neelofa itu juga berkemungkinan ada berkaitan dengan satu berita dimana kononnya Menteri Besar Selangor bakal mengumumkan tarikh perkahwinan Neelofa dengan seorang kerabat diraja.
Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, Neelofa masih belum memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai status Twitternya serta khabar angin tentang pengumuman tarikh perkahwinannya itu.
Bersabarlah Neelofa dengan dugaan seperti ini. Apa-apa pun, jangan berdiam diri dan tampil menafikan berita itu sekiranya ia tidak benar. Kalau diam, lebih banyak spekulasi yang akan timbul.