“Tolong Bayar Kami…” – Bonda Rozita Didakwa Lari Dari Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London, Di’Block’ Di Media Sosial

Trending

“Tolong Bayar Kami…” – Bonda Rozita Didakwa Lari Dari Bayar Kontraktor Rumah Mewah Di London, Di’Block’ Di Media Sosial

Muncul dakwaan baru-baru ini mengatakan ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri, Bonda Rozita lari daripada membayar wang upah pengubahsuaian kediamannya di London.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story individu ini, dia mendakwa segala pengubahsuaian dan menaiktaraf telah dilakukan dengan sebaiknya namun tidak dibayar usahawan kosmetik itu.

Advertisement

Bonda rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah london

Bonda rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah london

Malah, menurutnya lagi, dia juga sudah disekat daripada mengikuti sebarang media sosial Bonda Rozita gara-gara hal itu.

Tolong bayar kami..semua kami buat untuk rumah London ni..refurbished semua tandas..pasang karpet mewah semua 7 bilik dan tangga macam you nak.

Garden beliau kami juga yang bersihkan suami isteri. Tak berhenti kerja di rumah ni untuk realisasikan impian rumah London beliau.

Menurut individu itu lagi, Bonda Rozita ada meminta bantuannya untuk membantu mengubah suai rumah kerana didakwa ditipu, namun tidak menyangka dia menjadi mangsa usahawan itu.

Bonda rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah london

Bonda rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah london

Bonda rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah london

Saya terpaksa guna cara ini. Saya dah jumpa beliau dua kali di Malaysia. Dia kata tak tahu kami belum terima bayaran. Saya dah beri masa. Dah tambah masa juga.

Awak sekat saya di Whatsapp dan IG, tapi saya jumpa cara lain untuk berhubung dan minta awak untuk berjumpa. Cukuplah, tolong bayar kami.

Kes itu kemudiannya menjadi tular di aplikasi Threads. Menjengah ke ruangan komen, ramai menggesa Bonda Rozita untuk membayar segala titik peluh individu itu dan tampil membuat kenyataan berkenaan hal tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

46 mins ago

"Ingat Jual Lipstik Je.." - Peniaga Kosmetik Popular Ditahan, Didakwa Guna Duit Jual Bahan Terlarang Untuk Hidup Mewah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...